ICT Dalam Pendidikan
Pendidikan ICT Di Malaysia
ICT (Information Communication Technology) adalah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.
KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.
1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).
3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.
Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
1. meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
3. memperluas kurikulum berasaskan ICT;
4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;
7. meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
10. meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.
Sumber:http://www.cikgublog.com/ict-dalam-pendidikan/
Sunset View in Kg. Kuantan
About Me

- choo
- place of birth: Thailand. place of growth: Penang. place of education: Penang, KL. place of teaching: Jenjarom,Teluk Intan,Bagan Datoh,Selekoh,Sg.Suli.
Lucky

My husband and i adopted him at the road side on merdeka day 2008 when he was about 2-3 months old. He is one of my family member now. In and out my house as he wish to. He really enjoy sleeping on the swing. Makan angin with my husband in the motorcycle. and sometimes in the car. He loves biscuits and bread. He also likes to take away our shoes to every corner of the house. Naughty boy.
Sleep on the swing
Relax
Afternoon nap
Enjoy
Allert
Nothing much
Evening walk
Take a rest under the sofa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Matlamat KPM ialah meningkatkan penggunaan ICT dalam Pendidikan bagi mencapai literasi ICT untuk semua pelajar. ICT juga dianggap sebagai kurikulum dan alat P&P. Di samping itu, penggunaan ICT dapat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan.
ReplyDeleteSebenarnyak tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan ict sangat penting dewasa ini tambahan pula dalam dunia tanpa sempadan. bukan sahaja untuk urusan bersangkutan pekerjaan malah sehingga kepada apa jua pengurusan. ianya perlu dipelajari supaya penggunaannya dapat dimaksimumkan. setidak-tidaknya dengan ict dapat merapatkan hubungan yang jauh dan cepat pula.
ReplyDeleteCikgu Choo, Kebaikan ICT memang telah terbukti keberkesanannya. Cuma kita sebagai pentadbir amat berperanan dalam memantau guru-guru dalam mempastikan mereka menggunakan ICT dalam P & P dengan berkesan kerana kejayaan dan kecemerlangan sekolah bergantung kepada kemantapan mereka menggunakan ICT.
ReplyDeleteSaya juga menggunakan ICT dalam banyak perkara terutama mencari bahan-bahan ilmiah. Kalau nak kata kunci yang ilmiah, mohon la pada saya. TQ