Kepentingan ICT Dalam P&P
Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di
kalangan pelajar.
Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding
dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu
pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.
Integrasi Dalam P&P
Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.
Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan
serta usaha yang bersungguh-sungguh daripada pelajar dan semua pihak. Pihak sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru perlu bersikap proaktif menguasai ilmu ICT untuk diterapkan di dalam proses P&P. Penglibatan pihak pengurusan sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokonganaterhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama kejayaan
membudayakan ICT dalam P&P.
Isu ICT Dalam P&P
Ada segelintir pendidik yang mahir ICT tetapi tidak mahu menggunakan ICT, malahan
mereka lebih gemar menggunakan cara ”Chalk and talk”. Fenomena yang biasa berlaku
terhadap mana-mana teknologi baru, di mana mereka tidak mahu keluar dari zon tersebut. Mereka telah bertahun-tahun menggunakan kaedah tradisional dan sukar bagi
mereka untuk menerima teknologi sebagai salah satu cara untuk P&P.
Pendidik perlu masa untuk berkenalan dengan ICT. Mereka mesti mempunyai
komitmen yang tinggi dan perlu emosi yang stabil. Walau bagaimanapun majoriti guru mempunyai persepsi yang positif terhadap ICT. mereka kelihatan bersedia untuk mempelajari ICT dan mereka berkeyakinan tinggi bahawa ICT dapat membantu mereka semasa proses P&P.
PERKEMBANGAN ‘E-LEARNING ‘ DI MALAYSIA
Perkembangan ‘e-learning’ di Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat dan Singapura. Di Malaysia ianya terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan ‘on-line’ yang kebanyakannya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan universiti luar negara dimana yuran yang dikenakan agak mahal dan tinggi. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawapkan untuk menjayakan agenda ‘e-learning’ kebangsaan.
Kenapa ‘ e-learning’ perlu digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia?
‘E-learning’ membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran ‘e-learning’ yang dirancang, disediakan secara profesional dan baik. Menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai.
Pertanyaan juga boleh dibuat dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. ‘ E-learning’ yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar, guru, mentor atau fasilitator. Penggunaaan sumber ICT yang terancang, menarik dan isi pelajaran yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1. pelajar yang lebih bertanggungjawap terhadap pelajarannya
2. pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya
3. pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan, tahap pencapaian dan pengetahuan
4. pelajar yang dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.
Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada ‘e-learning’ serta minat pelajar terhadap fungsi-
fungsi di dalam internet, maka sudah tiba masanya ianya digunakan dengan meluas bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Sumber:
http://eprints.utm.my/2276/1/Wahyu.pdf
http://www.kmpk.matrik.edu.my/webrnd/PERSPEKTIF%20PENSYARAH%20KMPK%20TERHADAP%20PENGGUNAAN%20ICT%20DALAM%20PENG.pdf
http://www.sazlie.com/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=6&Itemid=99999999.
http://www.cikgublog.com/ict-dalam-pendidikan/
Sunset View in Kg. Kuantan
About Me
- choo
- place of birth: Thailand. place of growth: Penang. place of education: Penang, KL. place of teaching: Jenjarom,Teluk Intan,Bagan Datoh,Selekoh,Sg.Suli.
Lucky
Sleep on the swing
Relax
Afternoon nap
Enjoy
Allert
Nothing much
Evening walk
Take a rest under the sofa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Proses pembelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Penggunaan kaedah pengajaran berbantukan komputer haruslah diperluaskan lagi di sekolah-sekolah agar ia dapat menyaingi perubah-perubahan pendidikan masa kini.
ReplyDeleteDi dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja.
Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya maka pelajar tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru kurang dapat diberikan secara induvidu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas. Pengajaran & pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu di dalam bilik darjah.
Di dalam pembelajaran ‘e-learning’ fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri.
Pencarian maklumat tidak terbatas dan terkini kerana bahan pengajaran boleh dipilih sendiri oleh pelajar sama ada dirasakan sesuai atau tidak. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran yang lain. Selain itu, masa lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada kemudahan komputer dan internet.
Maklumat ICT yang dipaparkan sungguh menarik kerana isu ICT dalam P&P merupakan isu semasa yang selalu dibincangkan kalangan pendidik.
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju bahawa ICT dalam P&P dapat membawa pengajaran dan pembelajaran dengan lebih jelas dan nyata. Pengalaman belajar melalui akan memberi impak terus dan penglaman sebegini dapat terus dihayati dan dikuasai oleh pelajar.
Walaupun ada juga pendidik yang berpandangan negetif kononnya pengunaan ICT menyukarkan dan membuang masa untuk membuat persiapan, pendidik-pendidik berkenaan sebenar memberi alasan kerana mereka sendiri tidak begitu mahir dan tidak mahu berubah dan mencuba cara yang jauh lebih berkesan.
P&P dengan menggunakan ICT dapat membantu guru menyampaikan maklumat, ilmu dan konsep yang jelas dan tepat. Marilah kita sebagai pemimpin sekolah memberi motivasi, keyakinan dan latihan kepada guru-guru kita agar mereka semua cemerlang menggunakan ICT dalam P&P dalam era pendidikan serba canggih ini.
Saya bersetuju dengan artikel yang dipaparkan dan berpendapat, sudah tiba masanya guru-guru meninggalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional "chalk & talk" dn beralih kepada penggunaan ict dalam proses P & P dalam bilik darjah. Semoga artikel ini dimanafaatkan semua pihak.
ReplyDeleteSaya juga bersetuju dengan komen kawan-kawan di atas.Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan mempermantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokan dan menghiburkan.
ReplyDeleteSaya setuju dengan artikel tu. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Oleh itu guna ICT selalu. TQ
ReplyDeletePengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar.
ReplyDeleteIni kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding
dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu
pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal.Well done.